Peminat Cik Lya ~ tQ :)

konsert semalam di malaya ~


Kumpulan Dlloyd pernah popular di Malaysia pada tahun 70-an dan awal 80-an dengan lagu-lagu hit mereka antaranya Semalam di Malaya.

Kumpulan berasal dari Indonesia ini seangkatan dengan kumpulan rock terkenal dari Singapura, Sweet Charity, Mercy, Favourite Group dan Koes Plus yang terkenal dengan imej rambut panjang dan berseluar bell bottom. Trend mereka ini turut menjadi ikutan anak-anak muda zaman itu.

Dlloyd dianggotai oleh Bartje Van Houten (pemain gitar/ketua kumpulan), Yuhanny Fatmarida Susilo (Yuyun/flute), Syamsuar Hashim (Sam/Vokalis), Chairul Daud (Khairul/dram), Reshamal Dengkel, Budiman Pulungan (Budi/keyboard) dan Tooto (bass).

Menyedari mereka masih diterima peminat membuatkan Dlloyd kembali bersemangat dan meneruskan perjuangan dalam bidang seni. Pada mereka, usia bukanlah halangan untuk mereka terus berkarya.

Pemain gitar utama Dlloyd, Bartje Van Houten yang lebih dikenali dengan nama Barce merupakan ketua kumpulan ini. Barce merupakan pemain gitar terbaik dan pengubah lagu-lagu popular antaranya seperti Apa Salah Dan Dosaku, Mengapa Harus Jumpa, Tak Mungkin, Hidup di Bui dan Titik Noda.

Mereka turut menggegarkan persada muzik Nusantara sekitar tahun 70-an menerusi lagu Cinta Hampa, Keagungan Tuhan dan Mengapa Harus Jumpa dan banyak lagi.

Sebagai kumpulan yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, Dlloyd juga tidak keberatan untuk tampil dengan konsep baru. Perubahan itu nanti tidaklah yang ketara sangat, kalau buat pun sikit saja. Kami takut terlalu banyak sangat perubahan, peminat pula tidak boleh menerima, katanya yang lebih senang dengan konsep pop.

mesti korang teruja dengar crite-crite kat atas ni kan.apa lagi…….

Jom sama-sama kita saksikan persembahan band dari Indonesia –Dlloyd- 6-8 mei 2011 pukul 8mlm..kat istana budaya..jom kejar kaunter tiket (harga tiket berpatutan)

konsert ini dianjurkan baik punye oleh :Massa Frequency

No comments: