Peminat Cik Lya ~ tQ :)

MAHAL NYE!!!!

Penunggang motosikal diingatkan agar berhati-hati dengan individu yang menawarkan perkhidmatan tukar tiub di lebuh raya kerana ada di antara mereka mengenakan caj yang terlalu tinggi melebihi caj biasa.

Kejadian ini didedahkan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bengang apabila terpaksa membayar RM65 untuk perkhidmatan menukar tiub motosikal sedangkan harga biasa perkhidmatan itu RM10.

Mangsa yang dikenali sebagai Eddy, 24, berkata tayar motosikalnya bocor ketika dalam perjalanan menghantar rakannya ke tempat kerja di Bukit Jalil, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa yang menyedari tiub tayar belakang motosikal bocor, menolak kenderaan itu ke sebuah stesen minyak berhampiran.

Mangsa yang dalam keadaan bingung mencari kedai membaiki motosikal akhirnya menemui nombor telefon di batu dinding sekitar stesen minyak berkenaan yang menawarkan perkhidmatan menukar tiub sebelum menghubungi mereka.


P/S kalau setakat rm 65 tu leh tukar minyak itam skali..tapi rasenye tu pon ade belen lagi huh


tata:))

No comments: