Peminat Cik Lya ~ tQ :)

Hey, apa salahnya berambut pendek!

HELLO READERS!

skang ni kan ramai gurl yang suke berambot pendek..

tapi ade gak yang tak puas ati..

nak cakap dat gurl tu pangai mcm laki2 lah..

mcm2..komen ade kan..

tapi skang ni cube peratikan ramai artis yang da berambut pendek..

seolah2 da jadi mcm fesyen mase kini plak kan..so??

kan bawah ni senarai artis berkenaan..



! ALYAH !

"ALYAH mulakan gaya rambut pendek awal tahun lalu. Boleh dikatakan Alyah bernazar sebenarnya. Masa itu Alyah menyertai separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-24."Sebelum pertandingan Alyah ada berniat kalau berjaya ke peringkat akhir Alyah mahu potong rambut pendek. Tidak sangka nasib menyebelahi justeru Alyah mengotakan hasrat."Pada peringkat awal, potongan rambut Alyah biasa saja. Bagaimanapun dengan bantuan jurusolek, Bosco yang rajin membuat rujukan melalui klip video terbaru penyanyi antarabangsa kami memperoleh gaya yang lebih dramatik dan berani."Justeru idea itu kami usulkan kepada pendandan rambut Alyah dari salun Snits di Sungei Wang, Bukit Bintang dan Bosco selalunya akan menemani Alyah setiap kali ke salun."Saya memang teringin untuk memiliki rambut panjang namun buat masa ini lebih selesa berambut pendek kerana mudah diurus. Tetapi imej ini bukan selamanya kerana saya akan sentiasa berubah mengikut peredaran fesyen."Cuma untuk penjagaan, dua minggu sekali saya akan ke salun membuat rawatan dan 'trim' rambut bagi mengekalkan bentuknya. Kos ke salun dalam sebulan lebih kurang RM400 saja (tidak termasuk mewarna rambut)," katanya menggemari gaya rambut penyanyi sensasi antarabangsa, Rihanna dan Pink.


! NANA XFM !

"NANA jarang berambut pendek. Tetapi November tahun lalu semasa bercuti ke Australia saya sempat mengunjungi sebuah salun dan tertarik dengan seni dandanan rambut yang ditawarkan."Tidak terus memotong pendek sebaliknya mencuba potongan 'bobs'. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu terasa hendak potong pendek terus dan saya mendapatkan nasihat dari pendandan rambut di salun kegemaran saya di Taman Desa, Seputeh, untuk menentukan gaya sesuai. "Sudah tujuh tahun sejak tamat AF1 saya mendapatkan khidmat pendandan dari salun yang sama. Kebetulan sekarang saya menjadi penyampai radio XFM khusus buat golongan belia jadi imej 'keremajaan' ini lebih mudah untuk mendampingi kelompok pendengar. "Manakala dari segi penataan gaya bagi saya ia tidak memerlukan modal yang besar kerana cukup dengan menggunakan 'wax', 'clay' dan 'mud' untuk tampil dramatik," katanya memilih potongan 'Pixie'.


! JACLYN VICTOR !

"MANA-mana pendandan rambut yang saya temui, mereka semua memberikan pendapat sama iaitu saya lebih sesuai berambut panjang. Namun berbeza dengan Andy Ho kerana pertama kali bertemu di salun miliknya di Pavilion dia sarankan saya memotong rambut pendek."Saya tidak membantah atau menghalang tetapi timbul juga rasa gusar pada mulanya bimbang kalau fesyen sebegini tidak sesuai. Tetapi sekarang selepas hampir dua tahun saya selesa dengan gaya rambut sekarang."Bila panjang sikit saja, saya akan pergi trim rambut dan selalunya dua minggu sekali ke salun. Berambut pendek bukan saja mudah diuruskan tetapi juga menjimatkan wang," katanya.Kata Jac, peminat turut menyambut baik imej barunya itu. Bagaimanapun, penyanyi Gemilang yang semakin aktif berlakon ini berkata, bagi sesetengah watak mungkin rambut pendek tidak begitu sesuai."Misalnya dalam Appalam, saya terpaksa memakai rambut palsu untuk menghayati watak Nalaini, seorang gadis berbangsa India dari golongan kebanyakan. Sememangnya gadis India gemar berambut panjang," kata Jac.


! NANA !

"APABILA berambut panjang saya lebih suka mengikatnya kerana rimas membiarkan ia terurai. Namun sebagai 'public figure' penting untuk sentiasa kelihatan bergaya dan kemas."Justeru ada sedikit masalah bagi individu seperti saya yang gemar mengikat rambut kerana nampak seperti malas bersiap pula. Jadi saya putuskan untuk berambut pendek saja demi keselesaan tambahan pula mudah diuruskan. "Tidak perlu 'blow' rambut, dengan hanya memakai 'wax' kita boleh melakukan pelbagai gaya. Kos untuk menggayakan rambut juga tidak mahal kerana hanya perlu ada 'wax' dan gel. "Kawan-kawan juga lebih suka dengan penampilan sekarang berbanding dulu. Pun begitu untuk memastikan rambut dan kulit kepala sentiasa sihat seminggu sekali saya akan ke salun Cut Above atau Thomas & Guy. "Sekiranya berasa rambut sudah panjang saya minta rambut di 'trim' sedikit," katanya yang menyukai gaya Victoria Beckham, bekas anggota Spice Girls.


! SHIELA MAMBO !

"SAYA memang sudah biasa berambut pendek sejak zaman sekolah sehingga berusia 31 tahun. Asyik dengan gaya yang sama saya belajar simpan rambut panjang kerana hendak merasa. Tetapi sudah masuk 40-an ini rasanya rambut pendek juga yang paling selesa."Saya kembali menggayakan fesyen berambut pendek selepas mengalami keguguran rambut yang teruk. Nak dibandingkan semasa berambut panjang memang sekarang ini jauh lebih mudah dan jimat wang."Kalau dulu dua, tiga botol syampu dan perapi rambut dipakai dalam tempoh sebulan sekarang satu botol pun susah hendak habis. Untuk mengekalkan kesegaran rambut saya menggunakan serum."Saya juga tidak punya pendandan rambut peribadi dan hanya ke salun Cina biasa di Melawati yang sekali potong cuma perlu membayar RM17 saja. "Masih saya ingat, masa hendak memotong rambut saya minta pendandan di salun itu menghasilkan gaya rambut yang sama seperti aktres terkenal Hollywood, Halle Berry," katanya ketawa.


! STACY !

"BAGI saya, cetusan fesyen dari negara Korea sama ada dalam pemakaian mahupun dandanan rambut sangat berani serta kreatif."Untuk memperoleh gaya yang sama saya mendapatkan khidmat pendandan rambut di Cut Above. Bagaimanapun ketika membuat persembahan saya dibantu oleh Crez."Berambut pendek bukan saja tidak perlu mengikat rambut, tetapi juga selesa dan mudah diuruskan. Kos ke salun tidak mahal lebih kurang RM200 sebulan untuk membuat rawatan dan 'trim'."Namun yang menyeksakan apabila hendak menunggunya panjang kerana waktu itulah rambut kelihatan serba tidak kena," katanya.


p/s kalau da cun tu tetap cun walaupon tak berambot hehehe..


tata:)



http://www.emocutez.com

2 comments:

kata kila said...

aku rambut pendek cun jugak ape.kahkahkah

cik lya said...

@katakila anda berambot pendek???
bilakah???hahahah