Peminat Cik Lya ~ tQ :)

::BERCERAI SUSU::


Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.

Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?

Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.

Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.

SELAMAT MENERAI :)

TATA:)

5 comments:

Hamzah Ian said...

gua ingt dulu2 mak gua letak sirap.. hahahahha

Encik Psychopath said...

ouh. cmtu.

bidadarihijau said...

eh mcm mne eh time kocik2 dulu.lupe dah...heee...rase susu ibu pon xthu dh ape

Amni said...

dah de pengalaman yek? hee... gud advice..=)

cik lya said...

amni; mane ade.juz nak kongsikan ape yang lya tau je :)

BH; same le kiter :)

Hmazah Ian; smpai mcm tuh skali..psyco gak la ngan susu ye huhu

Phsycopath; yup :)