Peminat Cik Lya ~ tQ :)

EDISI KHAS ~ SENYUM PISANG

~salam~

arini ade cerita yang nak dikongsi kat semua..


gambar sekadar hiasan ~


kerana sudah berasa insaf atas perbuatannya Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

sambil mendengar ceramah,tabung derma diedarkan.beliau dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 kedalam tabung derma itu.

tiba-tiba,seorang pakcik yang duduk di belakang menepuk bahunya dan memberikan duit sebanyak RM200 kepada rizal.rizal tersenyum sambil mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu.

rizal menoleh dan merasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu.tidak lama kemudian,pakcik di belakang rizal kembali menepuk bahunya dan berbisik kepada nya :

" encik,duit RM200 tu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi "

~ sedekah itu amalan mulia ~ hehehehehe

spontaneous thursday #1


Maha Suci ALLAH Yang Memudahkan Ini (Perjalanan/Kenderaan) bagi kami.

Dan Tiadalah Kami Berkuasa Menggunakannya Tanpa Kurnia DariMu.

Sesungguhnya Kami Akan Kembali Kepada Tuhan Kami.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin~



wordless wednesday #3





"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang"


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi.....


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.....


Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.....


Ya Allah Ya tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.....


Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.....


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun akhirat
Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....


Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....
AMIN.......AMIN.......YA ROBBAL ALAMIN.....