Peminat Cik Lya ~ tQ :)

.sedekah

hello..

lya rase mcm nak bagi somethin la..

dah buat amal..

follower lya dah jadi mcm makin ramai..

tanak bagitau bape.shhh...hee

nway rase mcm nak bagi somethin kat follower yang ke -100..

mcm lucky kan no tu :) so sweet..

tapi follower yang ke 100 tu bukan sekadar jadi follower aje..

tapi mesti rajin komen n follow lya tiap mase..

coz die akan ditanya mcm2 soklan dr lya sendiri..bout dis blog heee..

p/s nak maklumkan ni bukan contest ok..

ni sesaje je..nak meriahkan lagi suasana blog lya..hee..

ape yang lya nak bagi nati??RAHSIA...hee

mcm bagos sangat je..hahaha

so..jadilah pengikut yang ke 100 untuk memenangi suzuki swift

oke..anda ditipu..(hadiah kecik je..)

gud luck (^__^)

.wanna idea..plsss

hey blogger2 cemerlang semua..

^__~

baru bangon tido..

n tros tgk blog ni..

rase mcm dah sampai seru nak buat contest la..

1st contest dr bicara leeya..

tapi da prob now..lya tak tau nak buat contest ape..

anything idea pls..pls..

nak buat giveaway ke lucky draw ke or pape la..

tade idea la..

korang ade idea??tinggalkan idea korang kat komen ea..

BUDI KALIAN AKAN KU KENANG..:)

TQ..

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

.cinta...?boleh pergi

Every night in my dreams

I see you. I feel you.

That is how I know you go on.

Far across the distance And spaces between us

You have come to show you go on..

Near, far, wherever you are

I believe that the heart does go on Once more you open the door

And you're here in my heart And my heart will go on and on

Love can touch us one time

And last for a lifetime

And never let go till we're gone

Love was when I loved you One true time I hold to In my life we'll always go on

Near, far, wherever you are

I believe that the heart does go on Once more you open the door

And you're here in my heart And my heart will go on and on

You're here, there's nothing I fear,

And I know that my heart will go on We'll stay forever this way You are safe in my heart

And my heart will go on and on 

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI


hye..

tadi BW kat blog cik shara..^__^

ternampak entri die..

nak promosi blog kat blog abg ben..

yihaaa...ni la masa nak tunggu..nak jadi mcm abg ben..

nak jadi mcm cik shara..glemeres kat dunia blogging..:)

TQ ABG BEN..sbb sudi tolong menolong kat hambe2 yang baru nak merangkak2 ni..

*___* **blushing..

sape2 rase diri baru lahir kat dunia blogging ni..

boleh klik sini..:)


.perasaan bersalah

hyep..

ari ni keje kelan kelibut..

mcm petir..sabung menyabung..

oke bukan lya nak crite psl ari ni ujan ke tak

**helo..u ingat i ni ahli kaji cuace ke???

dlm keadaan kelam kabut tu ade la mamat ni..

nak buat keje buat la betol2..

nak maen2 pon tak kene tempat...

nak buat lawak boleh..

tapi harap maklum la..

semua sebok nak balik awal..tapi die buat keje maen2..

lagi bertambah lambat la keje tuu..

selambe dek lya je jerit kuat2 kat die..

" KO NI BUAT KEJE JADI LAGI LAMBAT LAH!"

siyes memang kuat gler..

wow..lya tak sengaja ok..

bile jadi mcm tu perasaan bersalah tu timbul plak..sebab die mang baik ngn lya..

suke buat lawak time lya tensen..

so,bile lya tengking die lya jadi mcm lya sian plak ngan die..




I'M SOO SOORRYY..

lya tak sengaja...tensen sngt..T___T

.sangat teruja

hye semua..

pe kabau?sehat ka?

ari ni lya sangat letih oke..

keje banyak..sangat banyak..T__T

sangat tensen..

balik je umah..terus serbu..

bukan serbu dapor sebab lapar oke..

serbu lappy lya ler..hehehe

bukak..tros bukak fb ngan blog kesayangan ni...

then cek2 kotak jerit lya ^__^

lya ade nampak sesuatu....wow..

uwaaa....rase mcm nak nangis...

nape tau..nak tau nape ???

cik gayah ade chat kat kotak jerit lya..

nak tau ape die taip???

" sila bg alamat pada Gayah utk penghantaran hadiah "

hah..ape???lya menang contest cik gayah??

sangat teruja..teros tengok adakah 1st prize??

oh tidak..adiah entry terbaek...

takpelah..rezeki gak tu..hohoho..

1st time seyh menang contest..sangat teruja..

nak tunggu je adiah ape yang cik gayah nk bagi..

TENKIU CIK GAYAH..AILEBIU lah..hehe

nak tengok pix yang lya bet kat contest tu??

KLIK SINI :)

,adegan tak senang


OMG..:: Oh Mai God @__@

OMK..:: Oh Mak Kau


ape kah ini??

di khalayak umum ???

korang jangan tunjuk aksi 18sx leh tak??

pssstttt...kotang kenal sape kan tu..

pertandingan header tercantik


hye..

terase syok plak bile dah koin contest ni..

bukan ape..

lya jenis yang suke mencube..
**ayat tak boleh blah haha

oke..

kali ni di taja : CIK ALIENELLIZ

walaupon header lya ni tak seberapa tapi nak gak cube
**tak kire tak kire

credit to : my sis sebab buatkan header yang comel ni :)

DUE DATE : 6/11/2010 { rase tak terlambat lagi ka }

kalau korang minat nak join leh klik

www[dot]elienelliz[dot]blogspot[dot]com

now..lya nak tag 3 orang yang lya rase header die sangat comel :

{ shara }

{ emieysandra }

{ cik bulat }

"Pakaian Tradisional The Contest" by cik fieza

hye..

dah lame sangat rasenye lya tak join mane2 contest..

rase mcm nak join balik..

oke..

fieza 1

di taja oleh : CIK HAFIDZAH HAFIDZ

tak kenal??ala..yang ala2 diva tu ^__^

rase mcm terpanggil nk join..

untuk kali ni lya nak pertaruhkan gambar ini
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



ala2 manje gitu..
**pasan..lempang kiri kana hahah

oke..sape2 nak join boleh klik kat banner tuh

or

www[dot]hafidzahhafidz[dot]blogspot[dot]com

DUE DATE : 27.10.2010

kene tag 2 orang or lebih member :
**lya join pon da las minute,sempat ke yang laen nak join??

{ nesa }

{ shara }

.salam sayang


:::Tak Sampai 5minit:::

Sahabat semua...

bacalah....

Ya Allah...

takutnyer...

bacelah sampai habis.. skjap jer..

x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......

AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim Ulama4. Para Syuhada5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil7. Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak9. Orang mati dibunuh atau dianiaya10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

.terlerai lah sudah kasih sayang

terlerai la sudah kasih sayang yang kita bina berpuluh tahun ni..

aku sangat sayang kan kau..

tapi kau tak pernah hargai n tak pernah nmpak..

aku sedar aku tak punye ape2 yang nak di banggakan

tapi cukup lah sekadar rase sayang..yang aku harapkan dari kau..

aku sedar aku bukan yang istimewa di mata kau..

tapi bagi aku kau cukup istimewa..sebab ape..

sebab aku hanya ada kau..tade yang laen..

kau satu2 nye yang aku ade..

walau pon aku ade kawan2...

tapi kau tetap laen..tak same..beza..

aku tak pernah ade niat nak api2kan kau atau pon orang lain..

cuma cara kau dah berubah..tapi aku bodoh..

mungkin tak pikir yang kau tak perlukan aku lagi dalam hidup kau macam dulu2..

aku hepi sangat time hati kau untuk aku je..walaupon kau ade die..kau masih ingat aku..

bawak aku kesane kemari..kite g makan2..kite g shopin2..nangis same2..suka same2..

tapi aku lupe..tu semua kisah dulu..setiap orang akan ade perubahan hidup..

tapi aku tak pernah terpikir begini akhirnya hubungan kite..

aku tau kau takkan pernah menangis sebab aku...

takkan pernah terasa ngan ape yang jadi..

takkan pernah rase kehilangan..

tapi aku tak..aku tetap akan ingat kau..time jalan2 tanpa kau..aku jadi nangis tiba2..tak tau nape..

mungkin tak biase bile kau tade kat sisi aku..

tapi aku tau kau takkan mungkin jadi mcm aku..rase ape yang aku rase..

sebab aku rase kau dah terlalu bahagia..tenang tanpa aku..

sebab kau ade die n dunia baru kau dengan kawan2 kau yang lain..

aku tau aku membebankan kau..menyusahkan hidup kau..

arghhh..betapa tak guna nye aku jadi teman kau sepanjang aku hidup..

sekarang kau dah tak ade..kau dah memutuskan segala nye...

aku terima ngan redha walaupon pahit untuk aku terima..

aku sedey sangat2..sampai tak boleh nak tido..memikirkan kau..

kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2..

sebab :

1) sudi jadi kawan time aku sedih

2) sudi menyusahkan diri kau untuk aku

3) sudi teman kan aku shopin2..jalan2..bawak aku kemane aku nak pegi

n aku nak mintak :

1) halalkan segala makan minum aku sepanjang kite ade hubungan

2) kau maafkan aku kalau aku ade menyinggung perasaan kau selama ni samada sengaja or tak

3) jangan sesekali buang ape yang kau ade selama ni..hargai..mungkin satu hari nati kau akan perlukan die..

las one..kau tiada ganti..AKU SAYANG KAMU..~~

.pertaruhan

hye ol..

nampak macam kiut kan entry lya tu.

pertaruhan hangat skarang ni.

jika anda berjaya kuruskan badan ala2 rozita che wan.

anda akan berjaya menakluki sebijik henpon.

wow!!..dat's great..


cunnn...nokia C3

anda mahu??berani terima cabaran??

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN....

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

pengiktirafan.


hye..

lya nak publish award yang incik gambar2 ni bagi..

dah lame dah die bagi tapi tenet ni slow sangat.

tak sempat nak publish..

sori ye incik haidi..

heee..

nway..memang cute award ni..same like ur blog :)

mcm biase kene jawab soklan dulu ::

1) kenape korang suke blog my lense's story milik incik haidi??

>>mebi sebab die banyak snap pix..n menarik..cantik..kreatif..

2) reaksi korang pas dpt award ni??

>>epi..trase ade gak orang ingat kat lya :)..dihargai sebagai member blogger..

tag 15 orang blogger ::

:: cik farhana ::

:: cik nesa ::

:: cik cimi ::

:: cik syaza ::

:: incik g-pam ::

:: cik shara ::

:: sape ::

:: lagi ::

:: yang ::

:: nak ::

:: boleh ::

:: amek ::

:: jangan ::

:: malu2 ::

:: TQ ::


.penghargaan

eh..btol ke lya tulis penghargaan tu??

mcm pelik je..

betol la kan.

Nway..lya nak bagi penghargaan kat pengikut2 blog lya la.

tanpa anda siapa lah saya.

cewah..

Photo Albums at WiddlyTinks.com


dah amek award ni kene jawab soklan ni..

MUDAH!

1:: siapa name sebenar lya??

2:: ape yang anda harapkan melalui hubungan persahabatan??

3:: blog sape yang ppaling hebat di mata kasar anda??

4:: kenangan n pemberian dari member baek yang tak pernah anda lupe kan??

tu je..senang kan..

hee..

lasly..TQ FOR BEING MY FOLLOWER OKE

^__^

.selamat ulangtahun sayang


Myspace Graphics

hye.

wanna make a wish.

to my buddiest sista.

i love u dem much sis.

even u owez make me crying.

but i'm still loving u.

wow.!

aku da berjaye sepiking la dik haha.

anyway.

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG ::

yang ke ::

21 TAHUN..

moge idop lebih ceria n indah..

dilengkapi ngan hiasan diri yang semakin sempurnakan hari mu..

dirahmati TUHAN untuk segala yang kau lakukan sepanjang idupmu.

akak sayang kamu.

^__~

..hoo..lii..dayy..sesi 3

hye..

destinasi seteruanye ke waterfall...

batu hampar taiping..

**memang hampa bile pegi..

tade ape..

air terjun tak sejuk!

tak bes!!

tapi boleh lah..dah orang bawak..alhamdulillah..

**lempang kiri kanan budak ngengada ni

nak naek bukit die mengah2 gak lah lya ni ha..

hadoi..

seb bek tak mandi..mang tade niat nak mandi waterfall situ..

sebab ::

NO MORE TOILET AVAILABLE..

tade toilet langsong..

laki senang la nak tukar baju..kalau kite??

haa..ape dlm pikiran anda??

wow..!


so amek decision rendam kan aje lah kaki tu..

ramai gak orang gi situ..

layan pix je k :)





..hoo..lii..dayy..sesi 2

oke..kiter sambung..^__~

pas je gi zoo terase lapa la plak.. erm

pusing bandar taiping cari kedai makan..

dlm pale otak dorang ni nk mkn kotiau aje..

tade laen ke ha??mak lya pening pale..nak makan nasi ar..huh

tapi tak pe..lya ikut je..tak membantah..

**sbb kotiau one of my feveret lol hahaha

oke..jumpe!

restoran DOLI..

memang standard..luaran nmpak standard ape lagi dlaman..huhu

tak caye???jommmm..tengokkk


nmpak mcm style cine kan DOLI ni..

nampak tak harga makanan die??

spesel kotiau kerang RM9..wow!!!

tapi memang berbaloi sbb banyak..leh makan 2 orang..

lagi satu DOLI ni jage harte benda die..

tengok tu..tengok tulisan kuning tu..nampak??

MEMOHON KERJASAMA DILARANG MELETAKKAN ANAK DIATAS MEJA DAN MEMBIARKAN ANAK BERMAIN DI PINTU AUTOMATIK KAMI..

itu antaranye je la..hehhe..seingat lya..

tapi minuman,makanan memnag superb..sedap..delicia..

memang patot di namakan DOLI..ala2 BARBIe kot..hahah


sempat snap tuuu...

hehhe...

**bes makan bile ade orang blanje ni..huhuh..

.hoo..lii..dayy..sesi 1

hye reader's

plan nak gi zoo taiping esok pagi je..

then g bekelah kat batu hampar..

tapi plan jadi laen bile kak ina ajak tido sane..

balik keje seb bek awal..

sempat pack2 baju..bawak pape yang patot

esok paginye..

bermula la noktah kehidupan.

**madah yang tak boleh blah haha

mule lah nak ke destinasi..

ZOO TAIPING

jom kiter gerak..gerak gerak gerak khas...**eh lagu pe tu??

malas nak taip..layan pix ajeee..




sang kancil yang bijak (^__^)


leh naek train tapi tak real laa...



bukan waterfall k..cantek kan...


rusa bentuk ubi ke??



da penat T_T

mesti korang semua pelik kan..gi zoo tapi tak snap pix binatang pon..

akceli mang ade banyak binatang..

tapi semua yang lya rase payah nak tengok kat luar semua tido..

zZzZzZzZzZ...

yang biase2 ade r..kucing utan,ular,kambing?

huh...tah pape

.ucapan selamat

hye reader's.

ucapan pendek dari aleya..

buat rose hanieta idayu binti moha yasai.

**gler panjang name..

berdiri nye saya disini..

hanye untuk mengucapkan ::

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE ::

22 TAHUN..

pada 14/10/10

nice date nice person :)


may god bless u n epi owez wit ur life sis..


.::get well soon::.

hye reader's

dah dua ari lya mengalami kecederaan,kebengkakkan di jari manis lya di belah kanan..

**ayat skema tak?huu

dah tak thn ngilu,pedih gler..nak buat keje semua serba tak kene..

nak tulis pon saket gler b*b*

lunch hour g ofis mintak surat klinik

**surat klinik panel..bayo taknak,free nakkkkk!!!
sesampai nye lya kat klinin tu..for sure kene register dulu kan..bagi surat dr ofis tadi..

biler kene pangey masuk je..nak ngadu le konon nye ngan doktor tu..

lya : ni ha doktor,jari saya bengkak..saket gler.. doktor : eh ni dah ade nanah ni..
pastu pangey misi suh cucuk n cuci...

arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!tidakkkkkkkkkk

1st time kene cucuk!

dulu cucuk BCG tak rase saket..tapi kali ni mcm nak mati!

**tapi stay idop n menten kiut lagi hahah

dah setel cucuk..kene plak balut jari ku ini sebegini rupe...huhu..




dpt ubat 2 jenis je..sikit!

2 je dah kene RM45..

seb bek free...hehehe..

mule2 relek lagi tapi bile bius dah ilang..

uwaaa.....paham2 je la

T______T

starbuck..bukan ori punye..

hye reader's..

ari ni lya epi je..

tak tau nape..erm..mebi senang ati ngan keje kot..

tapi tengok entry lya kali ni korang plak rase mcm tak sedap ati kan...

starbuck bukan ori???

ye ker???

lya ade jumpe...

starbuck tak ori..real!!!

tade tipu tau..die punye cup pon tak ori..ade kat semua tempat..

bukan kat sini aje..

tengok ea..**tak caye le tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tengok...kan tak ori..

cop slurpee 7 eleven..

**dush dush dush

erk..bukan starbuck punye ke??patot la bukan coffee..

mcm2 rase ade..erkk..

cincau + strawberi..ingat flavour baru..

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii................


::give away nazz-purple::

hello babe's..

bace entry pon dah tau kan lya nk join GA ni..

tadi singgah BW kat blog cik pia..

then nmpak die join GA ni..

nak gak join tak kire **lempang laju2 haha

nampak tak??

kiut kan keychain tu..wow..suke suke suke **gedik pesal nihhh

ni ade pantun due kerat nak bagi kat penaja GA ni ::

dapat join GA ni amat lah suke nye...

pilih lah daku sebagai pemenangnyeee..

haa..oke tak??**angguk pale pat!haha

nak join pon leh aje..klik banner or klik link bawah ni ::

www [dot] nazzcoco [dot] blogspot [dot] com

due date die 12 nov 2010..

try ur bes ^__^

tenkiu nur aqilah omar

hello babe's..

pepagi dah buat wish tenkiu for sumone ni ha..

nampak ni??

chopp!!!!bukan bukan

lya bukan nak buat mega sale..

bukan juga nak lelong baju ni

bukan juga nak buat bundle..

**hahah..sepak kiri kanan...

ni baju buat lya dan dia..

adiah dr sumone..

psst..tengok entry pon dah tau sape yang bagi kan kan kan hee..

eh..jangan curi...

da black one is MINE..

kamu jangan nak berebut ngan saya..

bak kate anda,anda kene redha ngan ketentuan illahi hahaha...

eh...nak bekpes roti canai terbang ade tak ??

^__^

wish::

hello babe's..!

jam menunjukkan pukul 615 am..

mak aihh...malas nye nak bangon...

nak bukak mate ni memang payah..hadoii

amar masuk bilik kejut2 lya tamau bangon..

dengan akal fikiran yang bijak kurniaan TUHAN YANG MAHA ESA

die bukak lampu..otometik bangon la...hahaha

gud gud gud..

on fb tade orang on...layan blog je la..

sebab die pon takmau lya

**mood sedih..T___T

siap2 nak gi keje semangat nye..

**anak sape ni..nati pokcik bagi angpau hahah

tengok..sempat lagi snap pix ...hadoi...kiutnye..hahah

morning to u..saya rase mcm comel je bile wish morning kat korang la...

tata ^__^

HARUS BACA!!!PEDOMAN

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

londeh..:)

hye readers...

tadi gi pasa malan jap..

boring n niat nak beli barang mkn..dr pagi tak mkn ape tau

T___T

so sad uwaaa...

so dah smpai round 3kali pusingan..

**tawaf ke hape tu??

tade ape yang sedap..yang tertarik nak belila..

jupe plak stall cd..

mak mak...nak cte atoii...(atoi the ajaib boy)

sebok ah..beli gak..uik..

ade mamat sorang ni dtg..

mamat : apek..step up ade??

apek : aha...ade..tinggal satu aje..

mamat : bape RM ni pek??

apek : RM7

mamat : mak aihh RM7??

dalam ati aku..standard ah RM7..abes nak bape??tu pon die nak less lagi bagi RM5..

mengong!!huh..

otw nak balik amar dok berlari..

sambil tarik2 sluar die..terlondeh2!!hahah

kitorang gelak je..

amar : korang gelakkan sape?????????

lya : amar lah..lari tarik2 sluar nape??

mak : konon dah kurus le tuh hahaha...

lya : len kali pakai tali pinggang je

mak : tak pyh pakai tali rafia je hahah


ahah...sabo je la..tgk kerenah amar..

tapi die lah penawar ati kami bile sunyi..

akak syg amar ^__^

nak menang iPhone ???

kad kahwin
Kad Kahwin


kali ni lya terpanggil..

sape yang panggil??

en wan kite la...die ajak lya join..

memang mudah nak join..

cara memang tengok apde pointer kite..

*mcm meksis point plak huu

lagi ramai orang orang datng blog kite ade la can nak menang..iPhone :)

kegilaan ramai wow!!!

lya nk menang..jemput2 jengah blog lya heee..**over!

oke..DONE!!

sape nak join leh je klik kat banner tu ok..join sblom due date die >> 31/10/10

try ur bes dear ^__^

10.10.10

hye blogger..

tarikh tu sangat kiut >> 10.10.10

tapi ade lagi tarikh yang kiut tau...

20.10.2010

kiut kan...

so mesti ari ni ramai la pasangan nak buat kenduri ari ni..

like engagement day..wedding day mayb..couple day..

or make a 1st dating..wow!so romantika..huhu

tapi ade gak tarikah ni buat sebagai tarikh keramat..

memperingati insan2 tersayang pergi dlm idop die..

kematian....penceraian...pergaduhan...

macam2 leh jadi kan...

tapi ape pon yang jadik kat idop orang..korang patot bersyukur yang korang lasih lagi>>

dapat bernafas di bumi tuhan ni

masih lagi disayangi

masih lagi boleh merase masakan ibu kesayangan korang

masih lagi boleh menagis

masih lagi di beri peluang idop gembira

masih lagi mampu tersenyom...


** pix tak bermoral hahaha..

itu lebih baik!

Sight unseen

Not nice, but mean

To cast a stone

Unknown

In what direction

Will it hurt

Or harm

What does it matter

Where you come from

All that matter is

You're here

So much easier to hide

Behind the curtain

But you never get to know

The sunshine

If you are standing under the rainclouds

Of doubt

To scared to open the door

So don't be so quick to judge me

Because I am somebody new

Just take some time to

Know me

As time is all there is

Don't let the tomorrows slip away

Let go of your fear

It's okay to be scared

But don't let that stop you

From being my friend

I understand how you feel

Listen to your own heart

And not to what others may say

About me

Take some time

And soon you will see

That I am something

As special as You

You don't have to say a

Word

Just walk beside me

And just be

Yourself


itu lebih baik...

B urself... (^__~)