Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.
Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.
Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.
Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.
Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.
Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.
SELAMAT MENERAI :)
TATA:)